Assalamualaikum w.b.t
Mesti ramai dok angkat kening goyang bahu buat muka gedik tanda tak tahu apa itu garam buluh kan? Sila baca ye. Lepas baca ni mesti timbul rasa wahhh bestnya garam buluh ni, lepas tu terus rasa nak tabur dalam mulut hari2 muahahaha
Garam buluh dihasilkan dgn menggunakan garam laut dari kawasan pantai barat Korea yg tidak tercemar serta buluh yg berusia lebih 3 tahun sebagai bahan mentah utama. Haa so kalau sape2 yg riak cakap elehhh..setakat garam buluh ni aku bole buat sendirik aaa..aku benarkan korang tampar mulut dia. Kecuali kalau dia orang Korea ataupun memang ada perniagaan buluh. Selain kriteria dua tu, confirm dia tu penipu.
Next, garam laut tu diisi ke dlm buluh dan kemudian mulut buluh ditutup dgn tanah liat yg diperoleh 20 meter dari bawah tanah. Lepas tu, dibakar dalam relau dgn kayu pine sebagai bahan api. Bukan mancis ye. Pembakaran berulang kali dgn suhu yg tinggi antara 1000-1500C adalah utk singkirkan toksid dan logam berat. Bila dah setel bakar, dikeringkan pulak dan jadilah ketulan garam.
Then, ketulan garam ni dimasukkan ke dalam buluh yg baru dan dibakar berulang kali. Semasa pembakaran, garam laut menyerap khasiat dan mineral daripada buluh, tanah liat dan kayu pine. Finally, ketulan garam yg terhasil dihancurkan menjadi serbuk garam. Itulah alkisahnya asal usul garam buluh berkualiti tinggi dari Korea.
Nanti next entry Noly cerita pulak pasal kepentingan garam buluh dan khasiatnya yang beribu2 lemon ok?
Stay tuned. Sekarang ni fahamkan dan proseskan dulu dalam kepala otak pasal sejarah penghasilan garam buluh ni. Ada soalan tanyalah. Serius, I confirm jawab muahahaha.
No comments:
Post a Comment