Baby Fair 2014

Salam.

Semalam pergi ke baby fair. Tujuan untuk ke sini kali ni cuma satu je. Nak beli mainan untuk si bujang. Kenapa? Sebab nak badan dia aktif so nak lah beli mainan yg boleh merangsang tubuh badan dan otak dia tu. And to develop his personality. Kalau ada sejenis je permainan, nanti takut aku dgn suamiku tak faham pulak dgn kerenah dia, kot2 dia ni suka apa sebenarnya kan. Asik taram buku je ke muka dia hahahaha.

Lagi satu, sebab nak jauhkan dia dari Ipad dan Iphone. EEE.. xsuka lah bila dia addicted main gadget. Bila tak bagi mula lah menangis meraung mcm nak gila. Sorry bebeh, nangis lah sampai penat. Bukan kejam, kalau dilayan makin mengada lah nanti. Dua tahun pun belum, dah pandai guna taktik "meraung untuk dapatkan sesuatu." Siapa ajar? mama dgn papa xpernah ajar mcm tu. Nasib baik sekarang alhamdulillah dia dah tak batak dengan gadget. Dah faham la tu. Tangisanmu tiada guna. hahaha. utk gadget la maksud aku. Dekat sebulan jugak nak train dia supaya lupakan Ipad. Lepas ni kalau ada siapa2 dok suap anak aku Ipad memang nak kene la.

Eh. Membebel pulak. jom tengok gambar barang mainan yg dah dibeli hehehe. Total spending that day pun x banyak, considering the toys normal price yg memang mahal gila, but we managed to spend only around rm500. REAL BARGAIN if u asked me. But yelah, those are only toys, diapers, and some organic food for my son. First time xbeli baju anak wehhh. So nampaknya aku dah lebih fokus sekarang ni hahaha. Poyo nye statement.




pagi2 lagi kitorang dah sampai sini tau. angkut uncle sekali utk jadi driver and babysitter utk hari ni hehehe



bergambar dgn maskot mamypoko. nampak tak dia buat tangan macam gong xi fa cai tu.baby lain dia salam, tapi tang anak aku dia buat tangan gaya tu pulak.mesti dia ingat anak aku keturunan cina. hahaha.patutnya mintak angpaw haha ko tgk anak aku main sandar je kepala dia kat pipi mamypoko tu hahahahaha sukati je



oh resit utk senarai semak. menteri kewangan lah kunun.padahal xde efek pun, saje tgk resit lepas tu rasa hiba sorang2, kunun menyesal kenapa beli macam2 ni..haihh..bila dah seminit menyesal, lepas tu buang je hahaha. crazy woman lol



ni dah nampak dah, anak aku terus terkam mainan ini bila nampak. terus potong2 makanan dan letak periuk atas dapur bagai. kitorang laki bini melopong. our son loves to cook? but seriously, our son KNOWS HOW TO COOK??? anak aku dahlah boy kan,lepas tu dhlah botak kan,tiba2 jadi chef pulak. so mcm femes kejap anak I sebab parents yg lalu lalang semua dok tgkp gmbr dia, impressed gila kut. hahaha yg aku ni mcm dah gila, eh sapa ajar ko masak? aku pun macam xpernah masak selama ini hahaha so how??




beli ini jugak.set domino dgn piping.4 beg besar and it only cost me rm80. selalu beg plastic kecik cenonet tu pun dah rm40.sgt colorful.



hehehe the toolbox set is only rm45. and the basketball set is only rm120. seriously cheap. Zarif memang suka baling bola ke muka mak bapak dia, so kali ni biar lah dia baling bola ke tempat yg betul sebelum muka kitorang cacat ke hape kan.



semalam bangun pagi turun katil pasang tv channel food network asia, then dia pun start masak. rupanya dia belajar dari tgk tv je.nasib baik lah aku hari2 just pasang channel tu je. hari tu ada sekali laki aku tgk bellator MMA dgn anak aku, dua hari kitorang kene belasah dgn anak aku. lepas tu taubat x tgk dh,sakit woo.anak aku ni kuat tulang dia.huhu. so, nak anak jadi apa, memang boleh shape dari sekarang. ini buktinya.jgn lah bagi anak tgk superheroes, nnt bila besar nak jadi spiderman ke apa,bukan salah dia ok. Zarif kalau jadi chef pun ok gak ni.bertambah malas la mak kau nak masakkk kahkahkah



checking out tools. dia minat jugak toolset ni.paling suka hammer dgn gerudi tu. tapi pisau potong buah tu dia still kepit kat ketiak,hahaha true chef.



yay zarif suka toys ni hihihi

ok tu jelah timbunan toys untuk kali ini.x beli banyak sgt pun. toys yg sedia ada tu pun xtau dah nak sumbat mana. probably this is the last baby fair that I attend. Lepas ni dah xde dah kot.dh cukup dah semua. Alhamdulillah. Lepas ni memang buku je lahh hahahaha

Salam.


2 comments:

Mazlina Mat Rabi said...

Wow bestnya. Saya tak sempat nak g...Sedih sangat

noly anna said...

alaa jgnlah sedih.nnt mesti ada lagi hehe:)